Rayuan Wakaf Untuk Pendidikan & Pembangunan Madrasah

Madrasah Tahfiz Al Ayyubi(MTAA) amat memerlukan bantuan dan sumbangan anda untuk pendidikan dan pembangunan madrasah. Aspirasi kami ialah terus memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak dan melahirkan generasi yang celik al-Quran, menghafaz dan beramal dengannya sebagai ilmu penyuluh hidup dunia dan akhirat.

Baikpulih Bangunan

Projek baikpulih bangunan 3 tingkat 9000 kaki persgi sedia ada iaitu bangunan sarang burung untuk dijadikan infrastruktur utama yang akan menempatkan kelas pengajian, musolla, bilik warden, tandas, studio dan sebagainya

Dewan Serbaguna

Pembinaan dewan serbaguna yang merupakan sebuah ruang yang dirancang untuk memenuhi kepelbagaian keperluan madrasah.

Asrama Pelajar

Asrama pelajar terletak di bangunan utama dilengkapi dengan katil, tilam, tandas dan keperluan asas yang lain.

Makanan & Minuman

Pembiayaan kos makananan dan minuman yang berkhasiat dan bernutrisi pelajar setiap hari.

Elaun Asatizah

Gaji dan elaun untuk asatizah merupakan tanda penghormatan kepada para pendidik. Gaji yang kompetitif beserta elaun khusus mencerminkan penghargaan terhadap keilmuan dan peranan penting asatizah dalam membimbing serta mendidik para pelajar.

Kos Operasi

Penyediaan dana yang mencukupi diperlukan untuk mendukung operasi dan pengurusan. Dana ini digunakan untuk memastikan lingkungan pembelajaran yang kondusif, menyediakan peralatan pengajaran, menjaga fasiliti, serta memenuhi keperluan harian para pelajar.

Sasaran dana ialah RM1.2 juta.
Marilah Bersama Menyumbang Pada Dana Madrasah Tahfiz Al-Ayyubi(MTAA)

Tonton video penerangan dari Tuan Pengerusi Ustaz Abu Bakar Bin Salleh.

Melahirkan Generasi Celik al-Quran

Objektif Madrasah Tahfiz Al Ayyubi(MTAA) ditubuhkan ialah untuk untuk melahirkan generasi celik al-quran, menghafaz dan beramal dengannya sebagai ilmu penyuluh hidup dunia dan akhirat.
Selain itu, kita beriltizam melahirkan sekurang-kurangnya 1 hafiz dalam 1 rumah, semoga terbina keluarga bahagia, jauh dari porak peranda dan kampung menjadi aman dan seterusnya dapat melahirkan huffaz, alim ulama, pemimpin dan masyarakat yang bertaqwa .

Visual Bakal Da’ie Penyebar Islam

Ikuti gambar-gambar dan video-video aktiviti para pelajar di bilik kuliah, sarau, aktiviti riadah dan lain-lain .

38+

Pelajar

16

Guru/Pegawai

2021

Tahun Ditubuhkan

1000

Harapan

Sumbangan Online Memudahkan Urusan

Kami menyediakan kemudahan untuk membuat sumbangan secara sekali sahaja(one time off) atau secara bulanan menggunakan kad debit/kad kredit, Apple Pay, Google Pay dan GrabPay.

Ayuh. Marilah kita menyumbang sekarang!

Sabda Rasulullah SAW: “Pada setiap hari ketika orang berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun, satu daripadanya berdoa, “Ya Allah! Berikanlah sesuatu gantian kepada orang yang suka berderma.” Sementara yang lain berdoa, “Ya Allah. Berikanlah kebinasaan kepada orang yang bakhil!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Pada setiap hari ketika orang berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun, satu daripadanya berdoa, “Ya Allah! Berikanlah sesuatu gantian kepada orang yang suka berderma.” Sementara yang lain berdoa, “Ya Allah. Berikanlah kebinasaan kepada orang yang bakhil!”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tweet

Berita & Post Terbaharu

Kebaikan Berubah Menjadi Kejahatan

Ustaz nak berkongsi pasal kebaikan berubah menjadi kejahatan. Dalam al-Quran, Allah mendidik kita agar memohon perlindungan…